SEBAB PERSELISIHAN FUQAHA’
Jika kita memerhatikan fenomena perselisihan hukum bukan sahaja berlaku di antara mazhab yang berbeza, bahkan ia juga berlaku dalam mazhab yang sama. Keadaan ini kadang-kadang mengundang kekeliruan bagi individu kebanyakan yang tidak specialist dalam pengajian fiqh. Mereka berpendapat bahawa agama itu satu, syariat juga satu, dan kebenaran itu satu dan sumber hukum juga satu iaitu wahyu ilahih, MENGAPA TERDAPAT BANYAK PANDANGAN ATAU PENDAPAT, MENGAPA TIDAK DISATUKAN DI ANTARA MAZHAB? DAN DIAMBIL SATU PANDANGAN SAHAJA BAGI MEMUDAHKAN ORANG ISLAM? DENGAN MENGANGGAP MEREKA ADALAH SATU UMMAH?
Kadang-kadang mereka menyangka bahawa perselisihan mazhab ini membawa kepada terbatalnya syariat atau terbatalnya sumber syariat atau ia adalah perselisihan dalam aqidah seperti perselisihan yang berlaku di kalangan orang bukan Islam seperti golongan katolik, protesten dan sebagainya. Waiyazu billah.
Semua sangkaan ini adalah salah. Perselisihan mazhab dalam Islam adalah satu rahmat dan satu kemudahan kepada umatnya. Ia melambangkan kekayaan perundangan yang wajar dibanggai. Perselisihannya adalah semata-mata dalam perkara cabang yang berkaitan dengan cara ulama memahami sesuatu isu dan sesuatu nas. Ia tidak melibatkan perselisihan dasar atau prinsip atau aqidah.
Contohnya: ulama bersepakat (tidak berselisih) tentang wajibnya mengambil wudu’ sebelum melakukan solat. Dan ulama’ juga bersepakat bahawa anggota wuduk itu adalah seperti yang kita tahu sekarang ini. Cuma ulama’ fiqh berselisih dari segi kadar membasuh atau menyapu sesuatu anggota itu sahaja. Contohnya mazhab syafie: perlu menyapu sekurang-kurangnya 3 urat rambut, manakala mazhab hanafi seluruh kepala.
Untuk pengetahuan ANAK-ANAK semua ulama bersepakat bahawa kewajpanb berwuduk itu adalah berdasarkan ayat al-Quran ini:
}يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ }المائدة6
Maksudnya: (Wahai orang-orang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat maka kamu basuhlah muka kamu, tangan kamu hingga ke siku, dan kamu sapu kepala kamu, dan kamu basuh kaki kamu hinga buku lali.)
Berdasarkan ayat ini ulama mazhab 4 bersepakat bahawa:
1. Untuk mendirikan solat, perlu didahului dengan mengangkat wuduk.
2. Anggota wuduk yang wajib ialah muka, tangan hingga ke siku, kepala dan kaki.
Dua perkara ini adalah perkara dasar atau prinsip dalam Islam untuk mendirikan solat dan berwuduk.
Cuma ulama berselisih dari segi kadar menyapu kepala itu. Adakah sebahagian atau semua?
PERBEZAAN INI ADALAH DISEBABKAN CARA ULAMA MEMAHAMI NAS AL-QURAN ITU BERDASARKAN TAHAP PENGUASAAN MEREKA TERHADAP BAHASA ARAB ITU SAHAJA BUKANNYA MEREKA MENAFIKAN KEWAJIPAN WUDUK DAN SOLAT ITU
Satu contoh Ustaz nak bawakan di sini:
Persoalan: Menyapu kepala atau dalam bahasa Arabnya ialah مسح الرأس berdasarkan ayat al-Quran di atas (وامسحوا برؤوسكم) dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Muslim: أنه صلى الله عليه وسلم مسح بناصيته وعلى العمامة) ertinya “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyapu ubun-ubun baginda dan serban.”
Dari segi bahasa perkataan المسح itu bermaksud : melalukan tangan yang basah ke atas sesuatu anggota.
Manakala الرأس (kepala) itu ialah tempat tumbuhnya rambut yang biasanya dari hadapan atas dari dahi hingga anak rambut di belakang.
Mengikut Pendapat Hanafi yang Mashur: wajib menyapu ¼ dari kepala sekali, dengan kadar luas ubun-ubun.
Hujah mereka ialah dengan menyapu ¼ kepala itu barulah terlaksananya makna sapu (المسح) secara kebiasaannya.
Manakala Mazhab Syafie: berpendapat wajib menyapu sebahagian kepala walaupun Seurat rambut di dalam daerah takrif kepala tadi. Kerana Syafie memahami bahawa perkataan المسح dalam ayat itu memberi makna sebahagian. Maka sedikit itu juga adalah sebahagian darinya.
SECARA RINGKASNYA ITULAH PUNCA PERBEZAANNYA. TIDAKKAH IA MEMUDAHKAN KITA UNTUK MENGAMALKANNYA.
PERKARA YANG PALING PENTING SEKALI IALAH AMBIL WUDUK DAN TUNAIKAN SOLAT. DENGAN APA CARA SEKALI PUN YANG DITUNJUKKAN OLEH ULAMA, SAMADA HANAFI KA, SYAFIE KA ATAU MALIKI KA.
JANGAN KITA JADIKAN PERSELISIHAN PERKARA KECIL INI SEBAGAI PENGHALANG DARI KITA MELAKUKAN SOLAT. KERANA BERWUDUK DAN MELAKUKAN SOLAT ITU TIDAK ADA PERSELISIHAN ULAMA TENTANG KEWAJIPANNYA.
DAN INGATLAH BAHAWA KADANG2 PERSOALAN KECIL INI SENGAJA DITIMBULKAN OLEH MUSUH2 ISLAM SEPERTI KRISTIAN UNTUK MERAGUKAN KITA YANG KURANG FAHAM TENTANG AGAMA. JADI TANYALAH ORANG YANG TAHU TENTANG KEMUSHKILAN YANG ANDA HADAPI. JANGAN TOPIK HANGAT DALAM FACEBOOK. BAHAYA.
(Sumber rujukan Ustaz ialah kitab Al-fiqh al-Islami wa adillatuhu, karangan Dr Wahbah Zuhaily, juzuk 1, hln. 67.)
0 comments:
Post a Comment