SILA TINGGALKAN PERSOALAN ANDA DI RUANG SOALAN DI BAWAH SEKALI.

Friday, August 19, 2011

RENUNGAN HADIS



أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ارتقى المنبر فقال آمين ، آمين ، آمين ، فقيل يا رسول الله ما كنت تصنع بهذا فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان فلم يغفر له فقلت : آمين ، ثم قال رغم أنف عبد ذكرت عنده فلم يصل عليك فقلت : آمين ، ثم قال رغم أنف عبد أدرك والديه أو أحدهما فلم يدخل الجنة فقلت آمين .

Rasulullah SAW telah naik ke atas minbar lalu berkata: amin, amin, amin. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, apa sebab tuan buat begini? Baginda bersabda:

Jibril berkata kepadaku: hinanya seorang hamba yang ramadhan berjumpa dengannya, tapi dosanya tidak diampun. Aku berkata: amin.

Kemudian Jibril kata lagi: hinanya seorang hamba yang disebut namamu di sisinya, tapi dia tidak berselawat ke atasmu, aku berkata: Amin.

Kemudian Jibril berkata lagi: hinanya seorang yang boleh hidup bersama kedua ibubapanya atau salah seorang darinya, tapi dia tidak dapat masuk syurga. Aku berkata: amin.

Perawi: Abu Hurairah, Muhaddis: al-Zahabi, Sumber: al-Muhazzab, hukum hadis: Sanadnya baik.

Pengajaran Hadis:

1. Rebutlah peluang bulan Ramadhan untuk memohon ampun dari Allah SWT.

2. Sentiasalah berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW.

3. Ambillah peluang untuk berbakti dan buat baik dengan ibubapa sementara mereka masih lagi bernafas. janganlah menyakiti mereka walau dengana apa sekali pun.



2 comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

salam ziarah perdana :)
Ingin minta izin untuk dikongsikan bersama teman...

IbnZain said...

ilmu Allah perlu disebarkan.