SILA TINGGALKAN PERSOALAN ANDA DI RUANG SOALAN DI BAWAH SEKALI.

Saturday, August 13, 2011

KHILAF ANTARA MUSLIMIN (تععد الجماعات)

KHILAF YANG DIBOLEHKAN (تعدد الجماعات)

اختلاف التنوع : ialah perselisihan yang mana salah satu pendapat tidak membatalkan pendapat yang lain, malah setiap pendapat itu adalah benar. Contohnya ialah bentuk-bentuk qiraat dalam bacaan al-Quran, jenis-jenis tasyahud dan zikir-zikir.

Kaffarah sumpah yang disebut oleh Allah dalam surah al-Maidah ayat 89, itu juga termasuk dalam kategori ini. Di mana sesiapa yang melanggari sumpahnya wajib memilih salah satu dari tiga bentuk kaffarah, samada memberi makan 10 org miskin, atau memberi pakaian mereka atau membebaskan hamba. Apabila salah satu dilakukan maka ia sudah memadai.

Contoh lain dalam kategori ini ialah apa yang telah berlaku kepada sahabat Rasulullah pada hari peperangan Bani Quraizoh ketika mana Rasulullah memerintah mereka dengan bersabda:

(من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يصلين العصر إلا في بني قريظة)

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat, maka dia tidak akan solat asar kecuali di Bani Quraizoh.”

- Sebahagian sahabat menunaikan solat di pertengahan jalan untuk ke sana, dengan alasan mereka masa solat asar sudah hampir tamat.

- Satu kumpulan lagi berkata: Demi Allah kami tidak solat asar kecuali bila sampai di Bani Quraizoh, oleh itu mereka solat asar selepas terbenam matahari.

Bila dihadapkan kepada Rasulullah, baginda tidak mempersalahkan mana-mana kumpulan pun, malah baginda juga tidak mengiakan atau meyalahkan salah satu daripadanya. Pengiktirafan Rasulullah ini membuktikan bahawa perbuatan/ tindakan kedua-dua kumpulan itu adalah benar.

Terdapat ulama yang menjadikan satu kumpulan sahaja yang tepat dan diberi pahala, manakala satu kumpulan lagi salah yang dimaafkan.

Kesimpulan dari peristiwa ini, waktu solat asar pada hari itu adalah pilihan, samada ditunaikan pada waktunya di pertengahan jalan, atau ditunaikan lepas pada waktunya iaitu ketika sampai di kawasan Bani Quraizah.

Kumpulan Jemaah Islam masa kini boleh dikatakan perselisihan mereka adalah dalam bentuk ini (اختلاف التنوع). Di mana sesetengah kumpulan memberi keutamaan yang lebih kepada kepentingan menuntut ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu; seperti ilmu hadis, rijal, fiqh, tafsir, usul, aqidah dan lain-lain.

Manakala terdapat kumpulan memberi keutamaan kepada aktiviti dakwah dan tabligh. Kumpulan lain pula mengutamakan jihad fi sabilillah; seperti berlaku di Kashmir, Chechen dan lain-lain. Kumpulan lain mengutamakan aktiviti motivasi dalam masyarakat melalui aktiviti yang tersusun seperti kesatuan dan sebagainya, dan laman-laman ekonomi atau terlibat dalam aktiviti politik, iaitu bagi orang yang melihat politik itu sebagai satu keharusan dan kewajipan.

Perselisihan seperti ini sudah pasti dituntut dan bukan sesuatu yang tercela. Cuma terdapat beberapa perkara yang perlu diawasi dan dijaga supaya ia tidak mendatangkan bahaya kepada Umat Islam. Antara perkara yang perlu diawasi ialah:

1. Tidak wajar Kesibukan individu atau jemaah dengan perkara yang dilihatnya sebagai pekerjaan yang terbaik (afdal) itu menyebabkan mereka meninggalkan kewajipan-kewajipan lain yang mewakili satu elemen penting dalam melaksanakan Islam. Contohnya tidak wajar seseorang atau jemaah itu sibuk dengan aktiviti menuntut ilmu sehingga mereka lupa untuk melakukan kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar.

2. Perkara kedua yang perlu diawasi ialah Tidak wajar terdapat perbuatan mendidik ahli-ahli dalam jemaah supaya memandang rendah dan lekeh kepada aktiviti-aktiviti dan ilmu-ilmu lain yang bukan dari jemaah mereka. Perhatian yang besar diberikan kepadanya dalam rangka merangsang ahli-ahli tersebut melaksanakan apa yang dituntut dari mereka.

3. Perkata ketiga yang perlu dijauhi ialah akad wala’ di atas kerja-kerja yang ditentukan oleh jemaah melebihi wala’ kepada agama Allah SWT atau bercanggah dengan hukum-hukum Islam. Jika ini berlaku maka jelas jemaah itu sudah tersasar jauh dari kebenaran.

(Terjemahan sebahagian dari tulisan: Yasir Husin Burhami, dalam kitab: Fiqh al-Khilaf baina al-Muslimin, terbitan Dar Al-Aqidah, Qahirah, 2000.)

0 comments: