SILA TINGGALKAN PERSOALAN ANDA DI RUANG SOALAN DI BAWAH SEKALI.

Saturday, August 6, 2011

PERSOALAN WITIR LAGI !!!!!

Assalamulaikum

Penjelasan Tentang Solat Witir Dua kali?

Hukum solat witir 2 kali dlm 1 mlm, menyalahi sunnah kerana rasulullah bersabda: لا وتران في ليلة واحدة

Maksudnya: “tidak ada 2 witir dalam satu malam.”

Hadis ini riwayat Abu Daud, al-Turmuzi, al-Nasaie, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn Hibban, dan Turmuzi berkata status hadis ini ialah hadis hasan gharib.

Respon Persoalan [mengenai solat witir 2 kali] adalah seperti berikut:

Pokok Persoalan:

Jika seseorang itu sudah solat witir selepas solat taraweh… kemudian dia tidur…dan bangun semula pada 1/3 malam.. dan dia tunai solat tahajjud… adakah dia perlu solat witir yang dilakukan selepas taraweh tadi tidak dikira / terbatal? Atau bagaimana?

Cara perlaksanaannya ada 2 cara:

1. Pendapat ulama yang pertama:

Jika seseorang itu TELAH menunaikan witir pada awal malam (CONTOHNYA SELEPAS SOLAT TARAWEH), kemudian dia tidur, dan selepas itu dia bangun pula untuk solat tahajjud, maka witir yang dilakukan tadi tidak terbatal . Ertinya dia TIDAK PERLU MENUNAIKAN WITIR LAGI. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

(لاَ وِتْرَانِ فِيْ لَيْلَةٍ)رواه أبو داود والترمذي والنسائي ertinya: “Tidak ada dua witir dalam satu malam.

2. Pendapat ulama yang kedua:

Diriwayatkan daripada Saidina Ali dan Ibn Umar: katanya SOLAT WITIR ITU TERBATAL, ERTINYA TIDAK DIKIRA… MAKA DIA KENA SOLAT 1 RAKAAT LAGI SOLAT WITIR UNTUK MENJADIKAN SOLAT ITU GENAP RAKAATNYA BILA DICAMPUR DENGAN WITIR YANG DITUNAIKAN SELEPAS SOLAT TARAWEH TADI…

SELEPAS ITU BARULAH DIA TUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD DAN SOLAT2 SUNAT YANG LAIN YANG HENDAK DILAKUKANNYA,

DAN SELEPAS ITU DIA AKHIRI SOLATNYA DENGAN MENUNAIKAN SOLAT WITIR 1 RAKAAT SEKALI LAGI, SELEPAS TAHAJJUD UNTUK MENJADIKAN WITIRNYA GANJIL SEMULA.

ULASAN SAYA (Blogger))

1. 1. Pendapat pertama boleh diamalkan dan ia dipegang oleh Abi Yahya bin Abi al-Khair bin Salim al-Imrani al-Syafie al-Yamani, pengarang kitab البيان في مذهب الشافعي

2. 2. Pendapat kedua juga boleh diamalkan dan disebut dalam kitab yang sama…

3. 3. Tetapi mengikut pengarang kitab tersebut pendapat pertama lebih kuat dengan bersandarkan hadis yang dibawa. Manakala pendapat kedua hanya mengikut pandangan sahabat sahaja, tidak ada hadis yang bawa untuk menjadi dalil.

4. 4. Sebenarnya cara perlaksanaan witir mengikut pendapat kedua juga tidak menunjukkan bahawa witir itu dibuat 2 kali. Kerana ia telah digenapkan rakaat witir yang dilakukan selepas taraweh… kemudian baru dia solat tahajjud.. kemudian diakhirinya semula dengan solat witir 1 rakaat. Jadi witirnya sekali sahaja kerana dia sambung witir yang sebelum itu. الله أعلم بالصواب


ا

0 comments: